Antara khasiat-khasiat nenas batu adalah:
- Mengecutkan rahim selepas bersalin (ambil seminggu sekali sahaja bagi yang masih pantang)
- Melawaskan kencing
- Membantu melancarkan pembuangan angin
- Melambatkan menopause
- Cukup berkhasiat untuk mengelakkan buasir
Perhatian: Wanita mengandung dilarang sama sekali meminum air rendamannya. Khuatir akan memberi kesan kepada anak kandungan. Boleh juga menyebabkan keguguran sekiranya diambil sewaktu mengandung.
Selain itu, anda boleh mencari di internet, testimonial-testimonial mereka yang pernah mencubanya. Ada yang mengatakan setelah mengamalkan air rendaman nenas batu, tubuh mereka terasa lebih ringan, sakit-sakit urat mereka berkurangan, serta paras kolesterol mereka menjadi lebih rendah.Hebat, bukan?
Cara untuk menggunanya adalah seperti dibawah:
- Basuhkan buah itu daripada kotoran habuk
- Masukkan dalam jag atau bekas tahan panas.
- Tuangkan air panas dan biarkan buah direndam dan perlahan lahan akan menguncup.
- Setelah satu jam, air nya akan kekuning kuningan tapiskan dan boleh diamalkan minum macam biasa sehari sekali atau 2x bagi yang bukan dalam pantang, dan banyakkan minum air masak kerana herba bersifat panas.
- Jemurkan buah di bawah cahaya matahari dan biarkan sampai ianya kembang semula seperti sediakala dan boleh ulangi penggunaannya berulangkali sehingga bunyanya benar2 hancur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan